BAB 3 TERAS PERNIAGAAN : Menjalankan aktiviti Pertanian
B. Aktiviti Perniagaaan Sekunder
Bentuk Aktiviti Perniagaan Sekunder
Aktiviti perniagaaan yang difikirkan perlu bagi menampung dan disamping membekalkan sebahagian keperluan kepada aktiviti kepada perniagaan pembekalan dan perkhidmatan.
Aktiviti perniagaan ini boleh dijalankan secara individu, diuruskan oleh ahli-ahli dalam syarikat. Ahli syarikat digalakkan mempunyai perniagaan sendiri dan dalam masa yang sama bergerak menjalankan aktiviti perniagaan primer.
Aktiviti perniagaan sekunder ini juga akan turut melibatkan pakej-pakej CM/DB.
Ini adalah untuk :
-
Memberi peluang untuk sama-sama menjalankan dan menjayakan perniagaan,
-
Mewujudkan budaya niaga di kalangan ahli di dalam syarikat,
-
Mengurangkan Kos Operasi Keseluruhan(Total Operation Cost),
-
Semua pihak dapat bertindak sebagai Pengurus dan sekaligus berkemampuan untuk mengurus sesuatu perniagaan,
-
Mengurangkan risiko perniagaan,
-
Memudahkan operasi dan perjalanan kewangan,
Menepati konsep "semua pihak untung",
-
Memudahkan perniagaan dan perjalanan CM/DB,
-
Kemungkinan mempunyai kedai atau premis sendiri,
-
Pengedaran Pemasaran secara efektif dan Profesional,
-
Memudahkan mengimplimentasikan konsep-konsep perniagaan, bentuk perniagaan baru dan mempercepatkan pengembangan rangkaian; dan,
-
Memudahkan pemasaran dan penyebaran maklumat, yang menepati konsep
Perpaipan Air dan Konsep Astro-Like.
Aktiviti perniagaan sekunder ini dapat memastikan bahawa kewangan dan kerjakerja dapat dijalankan dengan teratur dan lebih berkesan.
Lokasi dimana perniagaan ini dijalankan adalah berterabur(distributed). Walaubagaimanapun, cara pengendalian adalah secara berpusat(centralization).
Cara ini menepati akan konsep "Centralised Managemenet/Distributed Business concept(CM/DB)".
Aktiviti melibatkan pertanian adalah juga termasuk menjalankan kerja-kerja pembinaan, penanaman, penyelenggaraan dan pengurusan, dan lain-lain yang berkaitan.
Secara umumnya, aktiviti
perniagaan sekunder ini memang boleh dikembangkan
kepada beberapa perniagaan kecil yang dijangka dapat
diuruskan oleh mereka yang berpotensi dan
berkemampuan. Antaranya mengujudkan premis-premis
seperti Premis Bijak dan Premis Hijau.
Premis-premis ini akan mempunyai
konsep dan pendekatan yang sama, bergantung kepada
jenis aktiviti dan bentuk perniagaan runcit atau
pertanian yang akan dijalankan. Premis Bijak dan
Premis Hijau ini diwujudkan, dengan bantuan sokongan
oleh syarikat ini, dan dalam masa juga individu ini
turut akan mempunyai perniagaannya sendiri.
Bentuk perniagaan adalah seperti
aktiviti perniagaan sekunder sebagaimana yang akan
diterangkan dengan lebih baik dan jelas pada
kertas-kerja yang akan datang.
Pihak syarikat sebagai pengurusan
utama atau induk akan memastikan keadaankeadaan
seperti bantuan kewangan, bantuan teknikal dan
kaedah pengurusan, akan memantau situasi dan
perjalanan operasi perniagaan-perniagaan di Premis-premis
tersebut.
Sebagai memastikan bahawa
keberkesanan perjalanan dan operasi kegiatan
berjalan dengan baik dan selesa maka,
langkah-langkah berikut perlu diambilkira :
-
Menjalankan semua perkara/aktiviti
perniagaan secara berperingkat dan bersusun,
-
Perniagaaan yang melibatkan
lesen kewangan atau lesen yang berkaitan akan
dimohon lesen kewangan yang bersesuaian dari
masa ke semasa ,
-
Khidmat nasihat daripada
bahagian Usahawan MARA akan dilakukan sebelum
melaksanakan sebarang tindakan dan aktiviti yang
melibatkan keusahawanan,
-
Mengkaji pelbagai segi dan
aspek, termasuk implikasinya sebelum mendapatkan
kerja kontrak seperti kerja-kerja yang
melibatkan sektor pembinaan, pemasangan,
penyambungan pendawaian dan perpaipan; dan,
-
Sektor pertanian akan menjadi
aktiviti utama kepada perniagaan sekunder ini,
terutama pembekalan.
Nota
-
Artikel ini adalah sambungan daripada artikel sebelum ini. Rujuk
BAB 3 TERAS PERNIAGAAN : Menjalankan aktiviti Pertanian.
-
Artikel ini digunapakai untuk
pengujudan program Inisiatif halalfirst. Rujuk
http://www.halalfirst.com.my. Harap maklum.
Artikel yang diatas boleh dikongsi secara
bebas sekiranya tanpa suntingan. Artikel bebas ini adalah
sebagai panduan dan rujukan, dan pihak kami berbesar hati
sekiranya ianya diperbincangkan dengan baik tanpa
menjejaskan kualiti kandungan.
Rujuk
PENAFIAN.
Terima kasih.
Perubahan :
-
Ditulis pada 20hb September 2001 (Rancangan Perniagaan Guna Indah ver 1.8, 2001 oleh Nor Hesham) daripada kertas cadangan "Arah dan Matlamat Pengurusan I : Perniagaan Pelbagai dan Pengimplimentasian Kepelbagaian Konsep".
-
Pada 10hb April 2010 Disusun semula untuk diterbitkan di www.norhesham.com
|